Notis Privasi

Notis Privasi ini menjelaskan cara kami mengumpul, menggunakan dan melindungi mana-mana maklumat tentang anda. Notis ini juga menyatakan maklumat hubungan sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan kami sedia untuk menjawab pertanyaan anda. Jika anda ingin mengetahui cara kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa, sila baca Penyata Kuki kami.

Kami boleh mengubah Notis ini dari semasa ke semasa, jadi sila semak di sini untuk mendapatkan kemas kini.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan sewa kereta dalam talian, termasuklah produk dan perkhidmatan seperti insurans, melalui laman web kami, aplikasi mudah alih, e-mel dan mesej teks (‘platform’). Kami juga melakukan ini melalui laman web rakan niaga kami, media sosial dan platform lain. Notis ini digunakan kepada semua data peribadi yang kami kumpulkan semasa kami melakukan ini atau apabila anda menghubungi kami melalui e-mel, sembang langsung, telefon atau surat.

Rakan niaga bisnes kami juga harus kunjungi Penyata Privasi dan Kuki untuk Rakan Niaga Bisnes untuk memahami bagaimana data diproses sebagai sebahagian dari hubungan bisnes kami.

Data peribadi yang anda beri kepada kami

Kami tidak dapat membantu anda membuat tempahan atau meminta sebut harga tanpa maklumat tertentu. Apabila anda melakukan salah satu perkara tersebut, kami akan meminta maklumat yang diperlukan untuk memberi anda apa yang anda inginkan. Maklumat ini ialah maklumat lazim dan mungkin termasuk nama, umur, tarikh dan tempat lahir anda serta butiran hubungan (e-mel, alamat dan nombor telefon). Ia juga boleh termasuk maklumat tentang pasport, kad pengenalan dan lesen memandu anda – dan nombor program kesetiaan serta maklumat pembayaran anda.

Selain itu, kami mengumpulkan maklumat daripada komputer anda apabila anda menggunakan salah satu platform kami, walaupun jika anda tidak membuat tempahan. Ini mungkin termasuk alamat IP anda, pelayar mana anda gunakan dan tetapan bahasa anda. Terdapat juga situasi di mana kami menerima maklumat tentang anda daripada pihak ketiga atau mengumpulkan maklumat lain secara automatik. Ini merupakan gambaran keseluruhan asas tentang maklumat yang kami kumpulkan. Adakah anda ingin mengetahui selanjutnya?

Data peribadi yang anda beri kepada kami

Kami menyimpan dan menggunakan maklumat yang anda beri kepada kami. Apabila anda membuat tempahan, kami perlu sekurang-kurangnya nama, alamat e-mel dan maklumat pembayaran anda. Kami boleh juga meminta anda untuk alamat rumah, nombor telefon dan tarikh lahir anda serta nama pemandu tambahan.

Jika anda menghubungi kami (sebagai contoh, melalui telefon, e-mel atau melalui media sosial), kami akan mengumpulkan maklumat daripada anda di sana juga.

Selepas penempahan anda, kami boleh meminta anda memberi ulasan untuk membantu kami menambah baik perkhidmatan kami dan membantu memastikan bakal pelanggan mendapat apa yang mereka cari.

Terdapat juga cara lain yang anda boleh berikan maklumat kepada kami. Sebagai contoh, jika anda membuat pelayaran dengan peranti mudah alih, anda boleh berkongsi lokasi semasa anda dengan kami agar kami boleh memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada anda. Untuk memudahkan anda, anda juga boleh membuka akaun pengguna yang membolehkan anda menyemak dan mengurus tempahan anda serta menyimpan tetapan peribadi anda, butiran pasport dan lesen memandu anda. Ini juga memudahkan untuk membuat tempahan pada masa hadapan.

Data peribadi orang lain yang anda beri kepada kami

Anda boleh menambahkan seseorang sebagai pemandu tambahan atau anda boleh membuat tempahan bagi pihak orang lain seperti rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja. Jika ya, sila pastikan orang berkenaan mengetahui bahawa anda memberi kami butiran mereka dan mereka menerima cara kami mengendalikan data peribadi mereka (seperti yang dijelaskan dalam Notis ini). Ini merupakan tanggungjawab anda.

Data peribadi yang kami kumpulkan secara automatik

Apabila anda membuat tempahan, kami mencatatkan platform yang anda gunakan dan cara anda sampai ke platform kami (sebagai contoh, jika anda dihalakan dari laman lain).

Walaupun jika akhirnya anda tidak membuat tempahan, kami boleh mengumpulkan sesetengah maklumat secara automatik apabila anda melawati platform kami. Ini mungkin termasuk alamat IP anda, laman yang telah anda lawat, pelayar mana anda gunakan dan maklumat tentang klik. Ia juga boleh termasuk maklumat tentang sistem pengendalian komputer anda, versi aplikasi, tetapan bahasa, tetapan dan ciri khusus peranti serta data yang mengenal pasti peranti anda.

Jika anda menggunakan peranti mudah alih, kami juga boleh mengumpulkan butiran lokasi. Kami juga boleh menganalisis dan memproses data asas yang berkaitan dengan aplikasi yang dipasangkan padanya (cth., nama, perihalan dan kategori).

Data peribadi yang kami peroleh daripada syarikat lain

Kami juga mungkin mendapat maklumat tentang anda dari platform sosial media, rakan niaga bisnes, anak syarikat keluarga korporat Rentalcars.com, affiliate kumpulan korporat Booking Holdings Inc (lihat di sini untuk maklumat lanjut) dan pihak ketiga yang lain. Contohnya:

  • Kami bekerjasama dengan rakan niaga anggota gabungan untuk menawarkan perkhidmatan kami pada platform lain. Apabila anda membuat tempahan pada salah satu platform ini, kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan mereka dan mereka mungkin berkongsi data peribadi anda dengan kami.
  • Syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang anda tempah melalui platform kami mungkin perlu menghantar maklumat tentang anda kepada kami. Sebagai contoh, jika tempahan anda menyebabkan tuntutan insurans atau pertikaian khidmat pelanggan.
  • Rakan niaga kami juga mungkin menghantar maklumat tentang anda kepada kami yang boleh membantu kami menunjukkan iklan yang lebih berkaitan kepada anda.

Kami boleh menggabungkan mana-mana maklumat ini dengan maklumat yang anda beri kepada kami secara langsung.

Sila lihat ‘Mengapakah kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda?’ untuk mendapatkan butiran.

Mengapakah kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda?

Kami meminta data peribadi anda agar kami boleh menempah kereta anda (dan apa-apa lagi yang anda perlukan untuk tempahan anda) dan memastikan anda menerima perkhidmatan yang sebaik mungkin. Kami juga menggunakannya untuk menghubungi anda dan memaklumi anda tawaran terkini dan tawaran istimewa kami. Inilah sebab utama kami mengumpulkan data peribadi anda tetapi terdapat juga sebab yang lain. Adakah anda ingin mengetahui selanjutnya?

Mengapakah kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda?

Kami boleh menggunakan data peribadi anda melalui cara berikut:

  1. Penempahan: Pertama sekali, kami menggunakan data peribadi anda untuk membuat dan melaksanakan tempahan anda serta menghantar butiran yang diperlukan kepada syarikat yang menyediakan kereta anda (atau produk atau perkhidmatan lain seperti insurans). Ini termasuk menghantar anda komunikasi berkaitan tempahan anda, seperti pengesahan, pengubahsuaian dan peringatan.
  2. Khidmat pelanggan: Kami menawarkan khidmat pelanggan antarabangsa 24/7 dalam lebih daripada 40 bahasa. Pasukan khidmat pelanggan antarabangsa kami memerlukan butiran anda agar mereka boleh membantu anda membuat tempahan atau membalas kepada pertanyaan anda sebelum, semasa atau selepas tempahan anda.
  3. Ulasan pelanggan: Kami mungkin menggunakan butiran hubungan anda untuk menghantar soal selidik ringkas tentang tempahan anda kepada anda. Maklum balas ini membantu kami memahami dan menambah baik perkhidmatan kami dan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan niaga kami.
  4. Kemudahan akaun: Untuk memudahkan anda, anda boleh membuat akaun pengguna pada platform kami. Anda perlu memberi kami data peribadi anda, ini membolehkan anda melakukan beberapa perkara yang berguna. Anda boleh mengurus tempahan anda atau pembelian lain, menikmati tawaran istimewa serta mengurus tetapan dan pilihan peribadi anda. Ini juga memudahkan untuk membuat tempahan pada masa hadapan.
  5. Aktiviti pemasaran: Kami juga menggunakan data peribadi anda untuk aktiviti pemasaran yang boleh termasuk:
    • Menghubungi anda melalui surat, telefon, e-mel atau SMS (bergantung pada butiran hubungan yang anda beri kepada kami) dengan berita terkini kami, tawaran istimewa, diskaun dan kemas kini, termasuklah butiran tentang produk dan perkhidmatan kami (dan/atau produk dan perkhidmatan syarikat kumpulan kami atau rakan niaga anggota gabungan kami). Anda boleh menghentikan langganan daripada komunikasi pemasaran ini dengan pantas, mudah dan pada bila-bila masa – cuma klik pautan “hentikan langganan” dalam e-mel atau lawati Portal Permohonan Subjek Data kami.
    • Menghubungi anda melalui telefon, e-mel atau SMS dengan maklumat tentang produk insurans yang tidak disertakan dalam penempahan anda.
    • Menunjukkan tawaran yang berkaitan kepada anda pada platform kami atau laman web pihak ketiga, termasuklah laman media sosial.
    • Menjemput anda untuk menyertai dalam aktiviti promosi (seperti program rujukan atau pertandingan).
  6. Berkomunikasi dengan anda: Mungkin di masa lain, kami menghubungi anda melalui telefon, e-mel atau SMS. Terdapat beberapa sebab untuk berbuat demikian, termasuklah:
    • Membalas dan mengendalikan mana-mana permintaan yang anda telah buat.
    • Menghantar e-mel peringatan kepada anda tentang penempahan yang tidak diselesaikan untuk mengetahui jika anda perlu bantuan untuk menyelesaikannya. Kami berpendapat perkhidmatan tambahan ini berguna kerana anda boleh meneruskan penempahan tanpa perlu mencari kereta lagi atau mengisi semula semua butiran penempahan.
    • Menghantar soal selidik kepada anda atau menjemput anda memberi ulasan bagi pengalaman anda.
    • Menghantar bahan lain yang berkaitan dengan tempahan anda kepada anda seperti cara untuk menghubungi kami (atau syarikat lain) jika anda memerlukan bantuan semasa penempahan anda.
    • Menghantar ringkasan tempahan terdahulu anda kepada anda.
    • Menghantar mesej pentadbiran lain kepada anda yang mungkin termasuk amaran keselamatan walaupun jika anda tiada tempahan akan datang.
  7. Penyelidikan pasaran: Kami mungkin meminta anda menyertai penyelidikan pasaran. Apa-apa data peribadi tambahan yang anda beri kepada kami sebagai sebahagian daripada penyelidikan ini hanya akan digunakan dengan persetujuan anda.
  8. Pengesanan dan pencegahan penipuan: Untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai, kami menggunakan data peribadi anda untuk mengesan dan mencegah penipuan serta aktiviti tidak sah dan tidak diingini yang lain. Selain itu, kami boleh menggunakan data peribadi untuk penilaian risiko dan tujuan keselamatan yang mungkin termasuk pengesahan pengguna dan tempahan. Hal ini bermaksud kadangkala kami mungkin perlu menangguh tempahan tertentu.
  9. Menambah baik perkhidmatan kami: Kami menganalisis data peribadi untuk membantu kami menambah baik kefungsian dan kualiti perkhidmatan dalam talian kami dan meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan. Kami sentiasa berusaha untuk membuatkan platform kami lebih mudah dan lebih menyeronokkan untuk anda gunakan.
  10. Ulasan pelanggan: Selepas penempahan anda, kami boleh menjemput anda untuk memberi ulasan bagi perkhidmatan yang diberikan kami atau rakan niaga kami. Ulasan anda akan membantu bakal pelanggan membuat pilihan yang tepat dan membantu rakan niaga kami menambah baik perkhidmatan yang mereka tawarkan. Apabila menyerahkan ulasan, anda bersetuju bahawa ulasan anda boleh dipaparkan seperti yang dijelaskan dalam Terma dan Syarat kami. Anda boleh memberikan ulasan secara tanpa nama atau cuma memberikan nama pertama dan lokasi negara anda.
  11. Pemantauan panggilan: Kami mungkin merakam panggilan telefon dan/atau membenarkan kakitangan lain mendengarnya untuk membantu kami melatih rakan sekerja kami dan memastikan kami sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Kami memadamkan rakaman secara automatik selepas tempoh masa khusus melainkan kami mempunyai sebab yang sah untuk tidak berbuat demikian (contohnya pada pendapat kami jika terdapat bukti penipuan).
  12. Tujuan perundangan: Akhirnya, dalam kes tertentu, kami mungkin perlu menggunakan data peribadi anda untuk mengendalikan dan menyelesaikan pertikaian perundangan, untuk penyiasatan kawal selia, untuk sebab pematuhan atau untuk memastikan kami menggunakan terma dan syarat kami secara tepat.

Untuk memproses data peribadi anda seperti ini, kami bergantung pada asas perundangan berikut:

  • Pelaksanaan kontrak: Kami perlu menggunakan data peribadi anda untuk menunaikan kontrak yang anda buat dengan kami. Sebagai contoh, apabila anda menempah kereta, kami perlu memindahkan butiran tempahan anda kepada syarikat sewa kereta untuk memastikan kereta anda menunggu untuk anda.
  • Kepentingan yang sah: Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk ‘kepentingan yang sah’ (istilah yang digunakan pada perkara yang kami yakin sebagai bahagian penting untuk menjalankan perniagaan kami secara berkesan – pada masa yang sama menghormati hak anda dan mematuhi undang-undang). Sebagai contoh, untuk menyediakan kandungan yang paling sesuai kepada anda pada platform kami, termasuk e-mel dan surat berita kami, untuk menambah baik dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami serta untuk tujuan pentadbiran.
  • Persetujuan: Kami boleh bergantung kepada persetujuan anda untuk menggunakan data peribadi anda dalam keadaan tertentu seperti tujuan pemasaran langsung. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa melalui Portal Permintaan Subjek Data kami atau dengan menghantar e-mel kepada datarights@rentalcars.com, menyatakan “Privasi” pada baris subjek.
  • Siapakah pihak ketiga yang kami berkongsi data peribadi anda – dan apakah sebabnya?

    Terdapat beberapa rakan niaga bisnes berlainan yang disepadukan dalam perkhidmatan yang kami sediakan dan dalam situasi tertentu kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan mereka. Dalam kebanyakan kes, kami cuma menyerahkan butiran tempahan anda kepada rakan niaga bisnes yang membantu kami menyampaikan perkhidmatan yang anda minta. Kami juga akan kongsi data anda dengan pihak ketiga yang lain, yang mungkin termasuk khidmat penyedia pembayaran, rakan niaga pemasaran, anak syarikat keluarga korporat Rentalcars.com dan affiliate kumpulan korporat Booking Holdings Inc, dan – dalam beberapa kes – pihak berkuasa. Inilah sebab utama kami akan kongsi data peribadi anda. Adakah anda ingin ketahui lebih lanjut?

    Siapakah pihak ketiga yang kami berkongsi data peribadi anda – dan apakah sebabnya?

    • Syarikat/syarikat-syarikat yang membekalkan kereta sewa dan/atau produk dan perkhidmatan berkaitan: Untuk membuat tempahan anda, kami perlu menghantar butiran yang berkaitan kepada syarikat/syarikat-syarikat yang membekalkan kereta dan/atau produk berkaitan lain (termasuk insurans) yang anda minta. Butiran ini mungkin termasuk nama, julat umur, butiran hubungan (e-mel, alamat dan nombor telefon), tarikh dan tempat lahir, maklumat pasport, maklumat lesen memandu anda dan mana-mana pilihan yang anda beritahu kami semasa tempahan dibuat. Jika terdapat pertikaian tentang tempahan atau perlindungan insurans anda atau mana-mana jenis isu khidmat pelanggan yang lain, kami mungkin perlu memberikan sesetengah maklumat tentang proses penempahan serta pertikaian tersebut kepada syarikat sewa kereta berkenaan. Maklumat ini mungkin termasuk salinan pengesahan tempahan anda untuk membuktikan bahawa tempahan sememangnya dibuat serta apa-apa maklumat yang berkaitan dengan aduan anda. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang anda berikan secara langsung kepada syarikat/syarikat-syarikat yang membekalkan kereta dan/atau produk berkaitan kepada anda akan disimpan dan digunakan menurut notis privasi serta terma dan syarat mereka sendiri.
    • Rakan niaga perniagaan kami: Kami bekerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia. Sesetengah rakan kami menawarkan atau mengiklankan perkhidmatan kami serta membantu rakan niaga kami yang lain menawarkan dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan perjalanan mereka (termasuk insurans). Rakan niaga ini mungkin termasuk kumpulan korporat Booking Holdings Inc. yang termasuk Rentalcars.com dan syarikat seinduk kami (Agoda.com, Booking.com, priceline.com, KAYAK dan OpenTable). Hal ini bermaksud perkhidmatan mereka mungkin disepadukan pada platform kami. Apabila anda membuat tempahan pada salah satu platform rakan niaga kami, mereka akan menghantar kepada kami sesetengah data peribadi yang anda beri kepada mereka. Begitu juga, kami mungkin menghantar sesetengah data peribadi berkaitan dengan tempahan anda kepada rakan niaga kami. Data ini boleh digunakan untuk membantu mereka menganalisis perniagaan mereka, sebagai contoh, atau membantu mereka menjalankan program kesetiaan mereka. Mungkin juga mereka boleh menghantar maklumat seperti tawaran istimewa kepada anda tetapi hanya jika anda memberi persetujuan untuk yang ini. Jika rakan niaga memberikan sokongan perkhidmatan pelanggan, kami akan menghantar kepada mereka butiran tempahan anda yang mereka perlukan untuk memberi anda sokongan yang anda perlukan. Dalam mana-mana kes ini, pengendalian data peribadi anda dipantau oleh notis privasi rakan niaga ini. Apabila anda membuat tempahan di laman web rakan niaga, sila baca notis privasi mereka untuk melihat cara mereka mengendalikan data peribadi anda. Apabila anda membeli produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh rakan niaga kami, kami akan menghantar kepada mereka data peribadi yang mereka perlukan untuk menyediakan perkhidmatan. Akhirnya, kami juga mungkin bertukar-tukar maklumat tentang pengguna kami dengan rakan niaga untuk tujuan pengesanan/pencegahan penipuan, tetapi hanya jika benar-benar diperlukan.
    • Kumpulan korporat Booking Holdings Inc: Sila baca di sini untuk mengetahui bagaimana kami kongsi data peribadi anda dengan kumpulan korporat Booking Holdings Inc.
    • Pihak berkuasa yang kompeten: Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan pihak kuasa kerajaan atau penyiasatan jika kami diperlukan untuk berbuat demikian dari segi undang-undang (atau mana-mana peraturan yang mempunyai kuasa undang-undang). Ini termasuklah perintah mahkamah, sepina dan perintah yang timbul daripada proses perundangan dan penyiasatan jenayah. Kami boleh juga mendedahkan data peribadi anda jika benar-benar diperlukan untuk pencegahan, pengesanan atau pendakwaan tindakan penipuan dan jenayah yang lain. Selain itu, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi kepada pihak berkuasa yang kompeten untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta kami, atau hak atau harta rakan niaga kami.
    • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga: Kami boleh menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi anda bagi pihak kami dan menyokong kami untuk menyediakan perkhidmatan kami. Contohnya, kami mungkin menggunakan mereka untuk menghubungi anda atau menghantar maklumat tempahan bagi pihak kami kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan atau untuk mengurus aspek laman, pusat panggilan atau aktiviti pemasaran kami. Kami juga mungkin menggunakan penyedia pihak ketiga untuk penyelidikan pemasaran dan pengesanan penipuan, termasuk perkhidmatan pemeriksaan anti-penipuan. Pihak ketiga ini adalah terikat oleh fasal kerahsiaan dan tidak dibenarkan untuk menggunakan data peribadi anda bagi tujuan lain.
    • Rakan pengiklanan: Kami boleh berkongsi alamat e-mel dan data peribadi anda yang lain dengan rakan pengiklanan pihak ketiga agar kami boleh memastikan anda melihat iklan yang berkaitan apabila kami memasarkan perkhidmatan kami melalui rakan niaga pihak ketiga. Kami juga bekerjasama dengan rangkaian iklan pihak ketiga untuk memasarkan perkhidmatan pada platform lain dan dengan pembekal pihak ketiga yang membantu kami menganalisis data kami. Semua pihak ketiga ini akan dikawal oleh perjanjian kerahsiaan dan tidak akan dibenarkan untuk menggunakan data peribadi anda bagi tujuan lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iklan yang diperibadikan dan pilihan anda, sila baca “Bagaimanakah dan mengapakah kami menggunakan teknologi ini?” dan “Itu pilihan Anda: Menyertai atau memilih keluar” dalam Penyataan Cookie kami.
    • Penyedia perkhidmatan pembayaran dan institusi kewangan yang lain: Kami juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk mengurus pembayaran atau jaminan pembayaran. Jika anda (atau pemegang kad bank yang digunakan untuk membuat tempahan anda) meminta pengembalian wang, kami mungkin perlu untuk berkongsi butiran tempahan tertentu dengan penyedia perkhidmatan pembayaran dan institusi kewangan yang berkaitan. Ini mungkin termasuk salinan pengesahan tempahan anda atau alamat IP yang digunakan untuk membuat tempahan anda. Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan institusi kewangan yang berkaitan jika kami berpendapat perkongsian maklumat tersebut diperlukan untuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan.

    Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc.?

    Rentalcars.com adalah sebahagian dari kumpulan korporat Booking Holdings Inc. Layari https://www.bookingholdings.com/ untuk maklumat lanjut.

    Kami mungkin menerima data peribadi tentang anda dari syarikat lain dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc. atau kongsi data peribadi anda dengan mereka atas sebab-sebab berikut:

    1. Untuk menyediakan perkhidmatan (termasuk untuk membuat, melaksanakan tempahan atau mengurus pembayaran);
    2. Untuk memberikan perkhidmatan sokongan pelanggan;
    3. Untuk mengesan, mencegah dan menyiasat penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang dan pelanggaran data;
    4. Untuk tujuan analitik dan penambahbaikan produk;
    5. Untuk menyediakan tawaran yang disesuaikan atau menghantar anda pemasaran dengan persetujuan anda, atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai;
    6. Untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang yang berkenaan.

    Untuk tujuan A hingga E, kami bergantung kepada kepentingan sah untuk mengongsi dan menerima data peribadi. Contohnya, kami bekerjasama secara rapat dengan Booking.com untuk menawarkan perkhidmatan penginapan dan tarikan kepada pelanggan kami, dan semua syarikat dalam anak syarikat Booking Holdings Inc. mungkin perlu menukar data peribadi pelanggan untuk pastikan ia melindungi semua pengguna dari aktiviti penipuan di platformnya.

    Untuk tujuan F, kami bergantung kepada pematuhan dengan tanggungjawab undang-undang berkenaan (seperti permintaan penguatkuasaan undang-undang yang sah).

    Bagaimanakah kami menggunakan peranti mudah alih?

    Kami menawarkan aplikasi percuma pada pelbagai peranti mudah alih serta versi laman web lazim kami yang dioptimumkan untuk pelayaran pada peranti mudah alih dan tablet. Mereka mengumpulkan dan memproses data peribadi anda dengan cara yang serupa dengan platform kami yang lain dan mereka membolehkan anda mencari syarikat sewa kereta tempatan berdasarkan lokasi semasa anda. Adakah anda ingin mengetahui selanjutnya?

    Bagaimanakah kami menggunakan peranti mudah alih?

    Jika anda bersetuju, kami boleh menghantar pemberitahuan ‘tolak’ terus kepada peranti mudah alih anda agar anda tidak terlepas maklumat yang penting tentang tempahan anda. Dan, jika anda membenarkan kami mengakses lokasi atau butiran hubungan peranti anda, kami boleh memberikan perkhidmatan tambahan jika anda membuat permintaan. Peranti mudah alih anda akan mempunyai arahan untuk membenarkan pemberitahuan tolak dan memberi kami akses kepada data jenis ini.

    Untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dan pemasaran lebih relevan, kami boleh menggunakan ciri yang dikenali sebagai ‘penjejakan silang peranti’. Ciri ini bermaksud kami akan melihat cara anda menggunakan platform kami pada lebih daripada satu peranti: sebagai contoh, gabungkan data daripada telefon bimbit anda dan komputer rumah anda. Kami boleh atau tidak boleh menggunakan kuki untuk (untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki dan teknologi yang serupa, sila lihat Penyataan Cookie kami).

    Untuk memastikan anda melihat tawaran yang lebih menarik minat anda pada surat berita kami, kami akan melihat carian yang anda buat dan perkhidmatan yang anda tempah pada berbilang peranti setelah anda mendaftar masuk ke akaun pengguna anda. Jika anda tidak ingin kami berbuat demikian, sila daftar keluar sebelum anda membuat pelayaran atau hentikan langganan daripada surat berita kami.

    Penjejakan silang peranti juga bermaksud apabila anda menggunakan satu peranti, anda mungkin melihat iklan yang diperibadikan daripada banyak syarikat yang berlainan berdasarkan aktiviti anda pada peranti yang dipautkan. NAI (Network Advertising Initiative) seharusnya menghentikan ini berlaku jika anda tidak memilih program pengiklanan kelakuan NAI (Penyataan Cookie kami memberi anda pautan jika anda perlu, di bawah “Anda mempunyai pilihan: Memilih atau tidak memilih”). Sila ambil perhatian: hanya mendaftar keluar daripada akaun pengguna anda tidak akan menghentikan ini berlaku.

    Apakah prosedur keselamatan yang ditetapkan untuk melindungi data peribadi anda?

    Sistem dan prosedur perniagaan kami memastikan kami mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada penyalahgunaan atau akses yang tidak dibenarkan, menurut undang-undang perlindungan data UK dan Eropah. Kami juga mempunyai prosedur dan sekatan keselamatan yang khusus (teknikal dan fizikal) yang mengehadkan akses dan penggunaan data peribadi yang kami simpan. Hanya pekerja yang dibenarkan boleh mengakses data peribadi – dan mereka hanya dibenarkan untuk berbuat demikian untuk sebab khusus dan sah.

    Bagaimanakah kami mengendalikan data peribadi kanak-kanak?

    Kami tidak memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan kami berhak untuk memadamkan apa-apa maklumat yang diterima daripada kanak-kanak di bawah umur ini. Kami mungkin menerima maklumat tentang kanak-kanak dalam situasi tertentu seperti untuk tuntutan insurans atau pertikaian khidmat pelanggan. Jika hal sedemikian berlaku, kami hanya akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat tersebut dengan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan.

    Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda beri kepada kami?

    Anda mempunyai hak, tertakluk pada sesetengah pengecualian perundangan, untuk mengakses, membetulkan atau memadamkan mana-mana data peribadi tentang anda yang kami simpan dan anda juga boleh membantah pemprosesan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan Portal Akses Subjek Data kami untuk menggunakan mana-mana hak ini. Jika anda berbuat demikian, kami akan meminta maklumat lanjut untuk mengesahkan identiti anda, untuk menjamin keselamatan maklumat anda dan kami akan mengendalikan permintaan anda menurut undang-undang perlindungan data UK yang berkenaan. Anda boleh mengemas kini atau memadamkan akaun pengguna anda pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk laman web kami.

    Apabila anda membuat tempahan atau meminta sebut harga, kami akan bertanya sama ada anda ingin menerima e-mel pemasaran. Anda boleh tidak memilih pada bila-bila masa dengan mengklik “hentikan langganan” dalam mana-mana e-mel pemasaran ini atau dengan mengemas kini pilihan e-mel anda dalam akaun pengguna anda.

    Siapakah yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi pada platform kami?

    TravelJigsaw Limited (berdagang sebagai Rentalcars.com) mengawal pemprosesan data peribadi pada platformnya. TravelJigsaw Limited ialah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan di bawah undang-undang United Kingdom dan berpejabat di 35 Fountain Street, Manchester, M2 2AN. Jika anda mempunyai pertanyaan, kebimbangan atau komen tentang amalan kami atau Notis Privasi ini, sila hantar e-mel kepada dataprotectionofficer@rentalcars.com, menyatakan “Privasi” dalam baris subjek dan kami akan membalas e-mel anda. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam isu berkenaan privasi.

    DATA PRIVACY STATEMENT OF TRAVELJIGSAW INSURANCE LIMITED