Sebagai khidmat sewa kereta online terbesar di dunia, kami berikan harga yang terbaik. Kami bekerjasama dengan setiap syarikat utama kereta sewa di dunia dan berunding harga istimewa yang hanya tersedia kepada pelanggan Rentalcars.com.

Ia mudah. Syarikat yang kami bekerja bersama memberikan kami harga lebih rendah kerana kami menguruskan banyak penyewaan. Sebaik sahaja kami memasukkan kos kami, kami masih lagi boleh memberikan penjimatan kepada anda.

Tetapi kadang kala (sangat jarang), seseorang menawarkan harga lebih rendah – dan ketika itulah anda datang. Jika anda mendapati tawaran yang dibandingkan lebih kurang, kami ingin tahu!

Beritahu kami siapa, apa, di mana dan bila; beritahu kami jumlah bayaran yang dikenakan mereka dan kami akan menandinginya.

 
Dimana & Ketika
Pengambilan*
*Diperlukan
Tentang kereta
*Diperlukan
Maklumat Persaingan
Kaedah Tempahan*
*Diperlukan
Maklumat anda
Jika anda sudah menempah dengan kami atau kami telah menghantar sebut harga kepada anda, sila isikan nombor rujukan tempahan anda
Hubungi Di*
*Diperlukan
Terma & Syarat

Jaminan Padanan Harga kami terpakai untuk tawaran sewaan prabayar 'like-for-like' yang diberikan oleh pengendali sewaan kereta bebas yang lain. Ia tersedia selepas anda tempah dengan kami dan sebelum tarikh permulaan sewaan sahaja. Ia tidak terpakai bagi tawaran yang adalah sebahagian daripada tawaran promosi dengan pengendali lain, atau produk insurans. Sila maklum bahawa 'like-for-like' bermakna boleh dibandingkan mengikut jenis kereta, tarikh pengambilan dan penghantaran, lokasi, Terma & Syarat dan sebarang caj berkenaan (termasuk caj pemandu tambahan) atau peralatan tambahan. Contohnya, jika harga pengendali lain adalah untuk sewaan dengan lokasi pengambilan dan penghantaran yang sama, tetapi harga kami termasuk caj sehala, ini tidak dianggap sebagai 'like-for-like'. Untuk membuat tuntunan Padanan Harga, sila lengkapkan borang di atas. Kami akan sahkan Terma & Syarat untuk tawaran lain dan kemudiannya menghubungi anda dengan maklumat terkini. Permintaan Padanan Harga dikendalikan antara 8 pagi dan 5 petang, Isnin hingga Jumaat, tetapi anda boleh menghantar tuntutan pada bila-bila masa.